Pages

Wednesday, 11 April 2012

(Gambar & Video) Letupan Pelantar Minyak di Mexico

COPY Berita Semasa . com






Pada 22 April yang lalu, sebuah pelantar minyak di Mexico telah terbakar. Yang bahayanya ketika ini akibat daripada kejadian ini kemungkinan bencana yang lebih besar akan berlaku. Ini kerana, selepas pelantar minyak di Mexico ini meletup dan terbakar, pelantar tersebut telah runtuh dan tenggelam ke dalam laut dan mendarat di atas lubang penggerudiannya kira-kira 1.7km jauh ke dalam laut. Lubang penggerudian tersebut telah bocor teruk dilanggar bangkai pelantar tersebut. Akibatnya ia melepaskan kira-kira 200,000 tong minyak mentah ke laut sekeliling dalam sehari pada mulanya. Dan untuk menutup semula lubang penggerudian tersebut bukanlah tugas yang mudah dan ianya adalah misi mustahil berbekalkan teknologi sedia ada. Sehingga kini lubang tersebut masih bocor dan melepaskan minyak mentah lebih daripada satu juta gelen minyak seminggu tanpa henti sejak 22 april lalu.











Unit ukuran yang betul (iaitu US gelen) satu tong (barrel) = 42 gelen atau 159 liter.
Dengan hanya satu liter minyak motor mampu membuatkan 250,000 gelen air laut beracun. Bagaimana pula, apabila perairan laut telah dicemarkan dengan 1,000,000 gelen minyak. Jika kebocoran minyak di dasar laut Teluk Mexico terus berlaku ia bakal menghancurkan lautan di seluruh dunia. Yang pasti tumpahan minyak di Teluk Mexico ini akan menjejas seluruh sistem alamnya – terutama pada unggas, ikan dan tumbuh-tumbuhan dalam laut termasuk batu karang.




Sekarang ini krisis tumpahan minyak daripada pelantar cari gali  milik syarikat British Petroleum (BP) perlu ditanggung oleh  BP kerana gagal melaksanakan langkah keselamatan yang rapi.  Kerosakan berbilion dolar ini telah mendapat perhatian daripada Kongres Amerika apabila tragedi ini tidak akan terus berulang seperti mana malapetaka tumpahan minyak sebelum ini akibat terkandasnya kapal kontena minyak Exxon Valdez di Long Beach, California, yang membawa minyak mentah dari Alaska pada 1989.


Amerika pengeluar minyak dan gas asli terbesar dunia serta pengguna tenaga terbesar dunia.
Adakah BP bakal muflis? Bagaimana cara yang BP ingin lakukan, mereka perlu terpaka mengeluarkan ribuan juta dolar Amerika. Mari kita lihat detik-detik tragedi letupan, kebakaran dan tenggelamnya pelantar minyak di Mexico ini :















P/S : Bekerja di pelantar minyak (offshore) bukanlah tugas yang mudah. Pulangan berkerja di offshore memang lumayan tetapi risiko cukup besar disekeliling. Jadi, sama-sama kita doakan keselamatan pekerja-pekerja di pelantar minyak.





1 comment:

  1. mcm mna dgn pkerja platform ni?..ap berita mengenai pekerja2 platform ni?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelaut Malaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...