Pages

Wednesday 15 August 2012

Mari Melawat Kilang Kapal Selam Russia (15 Gambar)

 Mari lihat kilang pembinaan kapal selam Russia yang terletak di Severodvinsk, Daerah Arkhangelsk Russia. Kilang ini menghasilkan kapal selam dari kelas KILO yang diperkasakan dengan menggunakan enjin diesel elektrik. Kapal selam dari kelas KILO ialah kapal selam diesel elektrik yang paling senyap di dunia.

Jika dibandingkan dengan kapal selam kelas Scorpene kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia, kapal selam Kilo mempunyai panjang yang hampir sama tetapi ianya jauh lebih lebar. Ianya juga2000 Tan lebih berat berbanding Scorpene. Sunnguhpun begitu harga sebuah kapal selam Kilo ialahUSD 250 juta berbanding USD 450 juta untuk sebuah Scorpene. Dari segi persenjataan pula ianya juga dilengkapi torpedo VA-111 Shkval yang merupakan torpedo terlaju di dunia. Ia mampu bergerak pada kelajuan 370 Ksj. KD Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak hanya menggunakan torpedo Blackshark yang mampu bergerak pada kelajuan 93 Ksj. Kapal selam kelas Kilo digunakan oleh Russia, China, India, Iran, Poland, Romania, Algeria dan Vietnam. Vietnam akan mempunyai 6 buah kapal selam Kilo menjelang 2016. Tidak diketahui berapa ramai wargaMongolia dikorbankan dalam penjualan kapal selam ini di sana. 









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelaut Malaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...