Pages

Saturday, 12 May 2012

Sejarah Maritim Malaysia




     Sejarah maritim Malaysia yang bermula kira-kira 5000 tahun lalu telah membentuk jati diri masyarakat tradisional yang seterusnya menempatkan mereka dalam arus globalisasi pada abad ke-21. 

    Proses ini bukan sahaja memperlihatkan proses penjanaan kuasa politik dan penguasaan ekonomi tetapi juga mencetuskan  pertembungan budaya dalam masyarakat Malaysia. 
   Namun banyak pihak yang beranggapan sejarah maritim Malaysia bermula pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka -- abad ke-15 Masihi. Hakikatnya, sejarah maritim ini telah wujud sejak Zaman Neolitik lagi, kira-kira 3000 tahun Sebelum Masihi. 


  Pemahaman yang sempit ini  serta beberapa faktor lain menyebabkan warisan kebudayaan maritim negara sukar  dipelihara. 

  Pertama, Akta Benda Purba 1976, bersifat terlalu ?longgar? untuk melindungi warisan maritim. Akta ini tidak mempunyai ?kekuatan? untuk menangani setiap konflik yang berlaku.

   Pada masa yang sama kemunculan industri penyelamatan komersial kapal karam purba, keterbukaan teknologi tinggi pasca Perang Dingin, dan dominasi syarikat antarabangsa didapati mengganggu peruntukan undang-undang yang  berkaitan dengan pemeliharaan warisan maritim. 

  Perkara ini bukan hanya dihadapi oleh negara sedang membangun tetapi juga negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Jepun yang dianggap mempunyai kekuatan dalam perundangan berkaitan. 
   Industri yang didalangi oleh pemburu harta karun ini bukan lagi seperti generasi terdahulu yang mempunyai latar belakang dalam bidang sejarah dan pengumpul barangan antik semata-mata. 
  Sebaliknya generasi masa kini lebih agresif dan bersikap profesional dengan memiliki modal serta bermatlamatkan keuntungan besar. 

  Mereka terdiri daripada individu yang luas berpengalaman dalam bidang kejuruteraan laut dan perkapalan serta lulusan di bidang ekonomi atau undang-undang. 

   Kehadiran mereka dianggap sebagai pencabar kepada peruntukan undang-undang yang  sedia ada. Kes saman Syarikat Malaysia Historical Salvage ke atas kerajaan Malaysia adalah contoh terbaik yang memperlihatkan keberanian mereka mencabar Akta Benda Purba 1976. 

   Walaupun Kerajaan Malaysia menang dalam perbicaraan tersebut, isu ini harus dijadikan pengajaran untuk negara agar meneliti kembali peruntukan yang sedia ada dan mengemas kini sektor pengurusan sumber budayanya yang diterajui oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

   Kewujudan Jawatankuasa Kapal Karam Kebangsaan dan Muzium Arkeologi Maritim yang diterajui oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti, dilihat sebagai permulaan yang amat baik dalam proses pengemaskinian pengurusan sumber budaya.

   Akan tetapi kelicinan proses ini terpaksa berhadapan dengan masalah sistem perundangan negara yang ?terpisah-pisah? dalam peruntukan bidang kuasa yang  berkaitan dengan pemeliharaan warisan maritim di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. 

  Peruntukan masa kini ialah Akta benda Purba 1976 bagi Semenanjung Malaysia, Enakmen Barang-barang Kuno dan Harta Karun 1977 bagi Sabah, dan Ordinan Antikuiti 1958 bagi Sarawak.

  Perbezaan peruntukan ini menyebabkan pemusatan pengurusan sumber warisan maritim ini tidak boleh dilakukan. Seperkara lagi, peruntukan yang agak kecil bagi Muzium Negeri Sabah dan Muzium Negeri Sarawak menyebabkan perjalanan operasinya tidaklah ?semewah? peruntukan yang diterima oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti di Kuala Lumpur. 

  Kekurangan peruntukan tersebut menyebabkan  banyak projek penyelidikan yang terbantut atau dihadkan hanya kepada projek yang  murah. Umpamanya,  projek penyelidikan warisan maritim di Perairan Utara Sabah tidak mampu dilaksanakan oleh muzium negeri. 

   Jabatan Muzium dan Antikuiti pula menerusi Muzium Arkeologi Maritim, walaupun diperuntukkan dengan modal kewangan banyak, tetapi tidak boleh sewenang-wenangnya menjalankan apa-apa juga penyelidikan yang melibatkan ekskavasi di bawah air  dalam lingkungan 3 batu nautika tanpa kebenaran dari Muzium Negeri Sabah.

  Faktor kedua, sinkronasi tugas antara jabatan-jabatan kerajaan yang mempunyai kedudukan dalam menjaga kepentingan kedaulatan negara telah terhalang dengan beban tugas masing-masing. 

  Hal ini menyebabkan pihak muzium terpaksa berhadapan dengan pemburu harta karun dalam kedudukan keadaan yang serba kekurangan. 

  Perairan Malaysia yang luas yang menempatkan ratusan tapak kapal karam purba memang sukar untuk diawasi sepanjang masa . 

  Proses bantuan daripada pihak berkuasa yang terpaksa melalui birokrasi dan masa yang panjang menyebabkan pihak muzium sukar untuk menguatkuasakan peruntukan undang-undang  yang sedia ada. Meskipun Jawatankuasa Kapal Karam Kebangsaan cuba untuk mengurangkan masalah ini namun khazanah kapal karam terus dicuri khususnya yang terletak di sempadan perairan antarabangsa. 

  Ketiga, pembabitan masyarakat tempatan khususnya para nelayan dalam aktiviti pencurian artifak. Dari perairan Pulau Tioman hinggalah ke Tanjung Simpang Mengayau, Sabah, aktiviti ini berleluasa. Tapak-tapak rangka kapal karam purba...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelaut Malaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...