Pages

Tuesday, 1 May 2012

MPSS - LPD ATAU LPH UNTUK TLDM - suatu renungan


Keperluan kapal LPD atau LPH atau Multi-Purpose Support Ship (MPSS) untuk operasi TLDM adalah amat diperlukan demi memperlengkapkan keupayaan strategik didalam operasi ATM, terutamanya untuk menggerakkkan aset-aset ATM ke kawasan operasi dengan segera apabila diperlukan. Apatah lagi setelah kehilangan KD Sri Inderapura baru-baru ini. Keupayaan mobiliti untuk memberi bantuan logistik amatlah penting untuk menjayakan sesuatu operasi Tentera. Keupayaan untuk membekal keperluan logistik semasa perang ke kawasan kawasan pertahanan dan juga serangan juga amat PENTING, dalam menjamin kejayaan didalam peperangan. Aspek mobiliti ini tidak boleh menghadapi kecacatan atau kekurangan untuk menjamin pertahanan negara supaya tidak menjadi lemah dan kelam kabut.






Keupayaan membekalkan BANTUAN DAN LOGISTIK ke kawasan medan adalah amat penting didalam situasi perang! Bagi aku kegagalan untuk memberi bantuan logistik secara berterusan = Already Kalah Perang ataupun bersamaan bakal ditawan musuh. 

BAZIR BELI KELENGKAPAN PERANG - tapi bila berlaku gempa di Padang pelajar Malaysia dibawa balik guna C130 TUDM. TANGGUH BELI KELENGKAPAN PERANG. Tapi bila kapal MISC ditawan di Somalia siapa yang pergi TLDM Jugakan. KALAU PERANG siapa yang mempertahankan negara ..TENTERAlah juga. APA YANG ANDA BUAT KETIKA ITU...HANYALAH BERHARAP AGAR TENTERA KITA BERJAYA MENGALAHKAN MUSUH DENGAN SEGALA KELENGKAPAN PERANG YANG USANG DAN TIDAK CUKUP MOBILITI UNTUK MEMBERI BANTUAN KEPADA PASUKAN-PASUKAN YANG SEDANG MEMPERTAHANKAN NEGARA. macamtu ke! Adakah minda kita hanya nampak kepada keperluan ATM bila mana kita sendiri dilanda kesusahan, sedangkan kita sentiasa menangguh- nangguhkan keperluan ATM? Jadi fikir-fikirkanlah, berbalik semula kepada tajuk pokok...
Kapal LPH seperti DOKDO - yang boleh dimuatkan afv,tank,lcac dan juga pasukan infantri lengkap bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa, ditambah dengan keupayaan pendaratan helikopter diatas deknya. ianya adalah sebuah markas operasi terapung yang tersedia untuk bergerak ke mana -mana kawasan didalam negara mahupun operasi-operasi bantuan luar negara, contohnya operasi menyelamatkan anak-anak kapal MISC di Somalia. Oleh itu aset seperti kapal LPD amatlah diperlukan untuk menyelaraskan pengoperasian ATM secara keseluruhannya. Aset ini amatlah penting boleh diibaratkan 'talian hayat' kepada pasukan-pasukan yang sedang berperang. 

Mungkin keadaan kelembapan ekonomi, menjadi alasan besar untuk tidak memperuntukkan belanjawan pertahanan terhadap aset-aset penting ini. Tapi setiapkali aset-aset yang telah dirancang untuk perolehan sekiranya ditangguh-tangguh, ianya hanya akan menambahkan lagi peralatan-peralatan usang yang sepatutnya diganti tetapi telah ditangguhkan perolehannya. 
Telah kita lihat sejarah dan juga masa kini, negara yang lemah mudah diperkotak-katikkan dan dijajah, kerana tenteranya tidak cukup kelengkapan perang dan juga pertahanan. Adakah kita mahu dijajah lagi?, dengan memperlengkapkan sistem pertahanan negara akan menjadikan negara kita lebih dihormati dan sukar untuk dibolosi. Biar musuh memikir 2kali untuk menyerang negara, itu lebih baik. Kita bukan sebuah negara yang inginkan peperangan, tetapi kita juga jangan terlalu leka untuk memperlengkapkan ATM kita. 

Jika dilihat dari segi kelempaban ekonomi, negara jiran kita Indonesia dalam selembap-lembap ekonomi ini telahpun berupaya memiliki 4 buah LPD, yang mana secara langsung, telah berupaya digerakkan untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa gempabumi di Padang. Adalah wajar LPD diberi keutamaan untuk dibeli, memandangkan pembinnaan sesebuah kapal juga mengambil masa yang agak lama antara 6 bulan ke satu tahun untuk disiapkan. Bukannya hari ini order esok boleh dapat.
Kesimpulan:

Sekiranya kita tidak mampu memperolehi LPH seperti DOKDO ketika ini kita perlu sediakan setidak-tidaknya 3 buah LPD berkategori Displacement: 6,500 tonnes/8,500 tonnes (full). Seterusnya menyediakan peruntukan untuk 2 buah LPH seperti DOKDO untuk digandingkan dengan kapal LPD. Kelebihan untuk memiliki lebih dari 2 buah kapal lpd atau lph ialah supaya kapal-kapal ini boleh dirancang aturgeraknya secara efektif, sekiranya salah satunya diperbaiki, kita masih mempunyai 2 buah kapal bersiap sedia, kelebihan ini juga membolehkan kapal-kapal dijadual senggarakan dengan lebih baik. Secara tak langsungnya tahap operasi sentiasa berada dalam 100% dan jangka hayat kapal akan lebih panjang, ini sudah tentu akan menjimatkan perbelanjaan pertahanan negara.

Bagi yang kurang arif tentang jenis kapal LPD ataupun LPH disini saya ada saya memberi serba sedikit informasi berkenaan kapal-kapal tersebut. Salah satunya adalah seperti berikut:

LPH DOKDO - adalah kapal pendarat buatan Korea Selatan, ianya dibina untuk memenuhi keperluan tentera Korea Selatan.


Tonnage: 14,300 tons (empty) / 18,800 tons (full)
Length: 199 m (653 ft)
Beam: 31 m (102 ft)
Kapal ini mampu membawa 10 buah helikopter diatasnya, 720 anggota tentera, 6 buah kereta kebal,7 kenderaan perisai AAV, 2x LCAC

--------------------------

KRI MAKASSAR - Kapal LPD Tentera Nasional Indonesia - AL


Kapal LPD Indonesia ini telah di bina di korea selatan dimana 2 buah lagi telah dibina didalam
negara.

7,300 tons standard displacement
11,394 tons full displacement
Length: 122 meters ~ 125 meters
Beam: 22 meters
Maximum: 16 knots
Cruising: 14 knots
Economy: 12 knots
Range: 30 days, up to 10,000 Nm
craft carried: 2 x LCVP
Troops: 218 troops
---------------------------------
RSS ENDURANCE - Kapal LPD Tentera Laut Singapura/buatan Singapura. Kapal ini dibina sendiri dengan kepakaran teknologi tempatan dan Singapura telahpun membina sebanyak 4 buah kapal yang serupa. Thailand juga telah membeli sebuah kapal yang serupa daripada Singapura.


Displacement: 6,500 tonnes (light)
8,500 tonnes (full)
Length: 141.0 m (463 ft)
Beam: 21.0 m (69 ft)
Speed: 15 knots (28 km/h) to 20 knots (37 km/h)
Range: 5,000 nautical miles (9,000 km) at 15 knots (28 km/h)
Boats and landing

craft carried: 4 × 13 m Fast Craft Equipment & Utility (FCEU) on davits
2 × 25 m Fast Craft Utility (FCU) inside well deck
Capacity: 18 tanks,
20 vehicles and bulk cargo
Troops: 350
Crew: 65 (8 officers and 57 men)
2 medium-lift helicopters


GAMBARAN CONTOH KERATAN BAHAGIAN DALAM KAPAL LPD


GAMBARAN BAHAGIAN DALAM KAPAL LPD - CONTOH KAPAL LPD-17 SAN ANTONIO

Nota kecil: sebagai seorang rakyat biasa walupun bukan sebagai seorang tentera, kita perlu mengambil tahu tentang pertahanan negara, janganlah esok nanti tengok kapal musuh dikatakan kapal TLDM.
Rujukan dari wikipedia, military today.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelaut Malaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...