Pages

Tuesday 8 May 2012

Kapal Pembelah Ais Terbesar Dunia Berkuasa Nuklear Russia !!!!


Dibawah ialah gambar-gambar kapal pemecah ais dari Kelas Arktika milik Russia. Mula dibina pada sejak tahun 1975, sebanyak 8 buah kapal pemecah ais sebegini dibina bagi tujuan saintifik dan membuka laluan perkapalan ke Siberia. Kapal pemecah ais kelas Arktika ini istimewa kerana ianya menggunakan tenaga nuklear dan juga merupakan kapal pemecah ais terbesar didunia. NS Arktika, kapal pertama didalam kelas ini juga merupakan kapal permukaan (surface ship) pertama yang berjaya tiba di Kutub Utara pada tahun 1977.

Mengapakah kapal khas pemecah ais diperlukan? Ketika musim sejuk ais di lautan utara boleh mencapai ketebalan sehingga 2 meter! Kapal konvensional biasa pasti akan terperangkap kerana tidak mampu meloloskan diri dari kepungan ais. Kapal pemecam ais kelas Arktika ini dibina dengan dua lapisan badan. Lapisan pertama setebal 48 milimeter yang tidak mudah dirobek seperti badan Titanicbila melanggar ais. Uniknya kapal kelas Arktika ini ialah ia boleh memecahkan ais ketika bergerak kedepan maupun kebelakang pada kelajuan 19 kilometer sejam. Kerana ianya menggunakan tenaga nuklear, kapal ini mampu beroperasi selama 4 tahun tanpa perlu mengisi bahan api. Untuk tujuan keselamatan kapal ini mempunyai dua reaktor nuklear. Jika salah satunya rosak reaktor back up boleh dihidupkan dan menghasilkan sehingga 75 000 kuasa kuda kepada 3 kipas gergasi di buritan kapal. The only kelemahan yang ada pada kapal ini ialah ianya hanya boleh beroperasi di lautan sejuk. Ini adalah kerana sistem penyejuk reaktor kapal ini memerlukan air sejuk tahap beku untuk memastikan ia tidak akan menjadi Chernobyl atau Fukushima diatas lautan.





1 comment:

  1. Harrah's Philadelphia Casino & Racetrack - Mapyro
    Find your way around the casino, 세종특별자치 출장마사지 find where 서산 출장마사지 everything is located 경상북도 출장샵 with the latest news, reviews and 제주 출장안마 information 평택 출장샵 about Harrah's Philadelphia Casino & Racetrack.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelaut Malaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...