Pages

Monday 16 January 2012

Selat Melaka


Selat tersibuk di dunia dan salah satu selat terpenting bagi ekonomi perkapalan iaitu Selat Melaka.Mengapa selat Melaka ini terlalu penting bagi kapal hinggakan disebut sebagai selat tersibuk di dunia.
Baiklah, dari dulu hingga kini salah satu jalan untuk mengelilingi dunia ialah Selat Melaka kerana ia adalah jalan terdekat untuk terus menjalajah.Malah ia juga antara tempat paling penting di dunia pada bab perkapalan.

Sila Klik gambar untuk visual yang lebih jelas
Kebanyakkan pedagang-pedagang bermula di Amerika Utara ( North Amerika ) dan akan merentasi laut dan terus menuju ke Asia Timur.Oleh kerana itulah Selat Melaka menjadi salah satu yang terpenting di dunia.

Bukan sahaja di Amerika Utara malahan dari Amerika Selatan juga akan melalui sini.Negara-negara Afrika dan sesetengah negara Asia juga perlu sampai ke Asia Timur jika menggunakan kapal.



Ini adalah contoh laluan-laluan para pedagang untuk ke Korea Selatan dan Jepun ( tanda biru ).Mereka perlu melalui Selat Melaka untuk sampai ke negara-negara Asia Timur iaitu laluan yang bertanda merah.

Laluan bertanda kuning itu adalah dipanggil Selat Sunda berhampiran Jakarta.Ia adalah laluan alternatif bagi pedagang-pedagang untuk sampai ke Asia Timur tetapi Selat Melaka lebih menjadi favourite.

Manakala jika pedagang-pedagang tidak ingin untuk ke Asia Timur selalunya mereka akan terus ke Australia iaitu laluan bertanda hijau dan terus ke New Zealand.Mereka selalunya tidak akan melalui Selat Melaka.



Mengapa Selat Sunda tidak menjadi favourite kepada pedagang-pedagang untuk melaluinya.Ini kerana salah satu sebab adalah laluan ini sedikit jauh dari Selat Melaka.Ini menyebabkan pedagang malas untuk melalui Selat ini.

Selain itu, faktor laluan ini sempit juga salah satu penyebab utama mereka tidak mahu mengikuti laluan ini.Dan banyak juga pulau-pulau kecil berada sepanjang jalan ini menyebabkan perjalanan terganggu.

Angin juga penyumbang beberapa masalah bagi kapal untuk melalui laluan ini kerana ia lebih terbuka berbanding Selat Melaka yang lebih tertutup kerana dilindungi dari angin oleh tanah daratan Indonesia.


Visual diatas adalah visual Selat Melaka yang dilalui oleh pedagang-pedangan untuk membawa barangan-barangan besar ke negara-negara lain.Laluan Selat Melaka lebih luas berbanding Selat Sunda.

Selain itu, tiada masalah seperti pulau-pulau kecil terbentuk di sepanjang laluan Selat Melaka ini.Ini menyebabkan kapten kapal lebih senang mengemudi kapalnya untuk ke destinasi mereka.

Selat paling sibuk di dunia ini juga dilindungi dari angin-angin barat oleh kerana mempunyai Indonesia Barat menyebabkan angin laut tidak dapat sampai ke Selat Melaka oleh dilindungi tanah Indonesia.

Selain itu, para pedagang boleh berlabuh untuk minum petang di Pelabuhan Klang ( Port Klang ) dengan tenang berbanding mengikut Selat Sunda yang agak jauh sedikit untuk berlabuh.

Selat Melaka ini juga lebih selamat berbanding laluan-laluan dan tidak terdedah kepada lanun untuk menahan kapal kerana ia dilindungi oleh pihak berkuasa Indonesia dan juga Malaysia.


Daripada melalui Selat Sunda yang bertanda biru itu lebih afdal jika melalui Selat Melaka yang bertanda merah itu.Ini kerana jalannya dekat dan menjimat masa dari melalui Selat Sunda yang agak jauh.

Malaysia dan Indonesia juga mendapat untung dari para pedagang-pedagang kerana mereka menggunakan laluan ini untuk ke destinasi yang ingin dituju iaitu bertanda kuning itu.

Kerana selat ini jugalah negara jiran kita, Singapura yang tidak punyai apa-apa menjadi kaya raya kerana hampir kesemua pedagang-pedagang singgah di pelabuhan Tanjung Pagar,Pasir Panjang dan sebagainya.

Oleh kerana kedudukan strategik Singapura, ia menjadi tempat untuk para kapal meninggalkan kontena mereka di pelabuhan ini menyebabkan pelabuhan di Singapura ini adalah pelabuhan tersibuk di dunia.

Ini menjadi Pelabuhan Singapura menjadi tempat entreport kepada pedagang barat untuk memberikan kargo kepada kapal-kapal di Asia Timur mengambilnya dan menghantarnya ke destinasi mereka.

Pelabuhan Singapura juga adalah pelabuhan tercanggih di dunia ini kerana setiap kapal akan sampai purata setiap dua minit.Ini adalah faktor utama menggerakkan ekonomi Singapura dengan hanya membuka pelabuhan.

Dianggarkan bahawa kerajaan Singapura perlu mengelola lebih 17 juta unit kontena dalam satu-satu masa untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada ribuan kapal dari serata negara.

Usaha Thailand untuk membuat terusan di Selatan Thailand berdekatan dengan sempadan Malaysia mendapat tentangan hebat dari Singapura,Malaysia dan Indonesia kerana ia menjejaskan laluan kapal di Selat Melaka selain menjejaskan lebih separuh ekonomi Singapura.

Malaysia juga pernah ingin merobohkan tambak Johor dan menggantikan dengan jambatan bengkok boleh menyebabkan pelabuhan Singapura kosong ini kerana mereka semestinya akan melalui laluan diantara Singapura dan Malaysia.

Air,pasir dan ruang udara menjadi syarat untuk Malaysia membuat jambatan bengkok oleh kerana kedaulatan negara tidak ingin digadaikan, Malaysia membatalkan projek jambatan bengkok ini.

Jika dibuat jambatan bengkok, kapal-kapal akan melalui oleh kerana tiadanya tambak yang menyekat laluan kapal.Dan jika ini berlaku, ekonomi Singapura terjejas oleh kerana mereka hanya bergantung dengan pelabuhan saja.



Dipetik dari blog : http://seafailed.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelaut Malaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...