Pages

Tuesday, 3 January 2012

MASAALAH ENGINE JEJAS MISI KE GAZA


mv finch
KUALA LUMPUR – Percubaan kapal misi bantuan dari Malaysia untuk berlabuh di Gaza selepas diberi amaran oleh tentera laut Israel minggu lepas, terpaksa dibatalkan kerana mengalami masalah enjin, kata aktivis hari ini.
“Kira-kira 5.30 petang waktu tempatan (2.30 pagi waktu Malaysia), kapal kami mengalami masalah enjin dan kehilangan keupayaan kemudi kapal. Kami terpaksa menamatkan percubaan untuk sampai ke Gaza melalui laut,” ujar ketua misi Perdana Global Peace Foundation (PGPF), Matthias Chang.
Berikutan masalah tersebut, kapal MV Finch kini terkandas di enam batu nautika dari pelabuhan el-Arish, Mesir.
“Bagaimanapun, Menteri Luar Mesir telah memberi jaminan untuk membenarkan kami memunggah kargo bekalan bantuan dan ia akan dbawa oleh Agensi Bantuan dan Kerja Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) ke Gaza,” kata Chang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelaut Malaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...