MEARSK LINE Tempah kapal terbesar Daewoo Shipbuilding
Dalam keghairahan sesetengah daripada rakyat 1Malaysia membandingkan betapa tertinggalnya Proton dengan syarikat Korea hakikatnya ramai yang tidak sedar bahawa negara itu sudah lama bermain dan bernafas minyak dan kejuruteraan. Suka untuk dikongsi bersama sekutu, Lee Myung-bak, Presiden Korea Selatan, adalah antara tenaga kerja yang terlibat dalam pembinaan jambatan Pulau Pinang. Zaman tersebut Proton baru bekerjasama dengan Mitsubishi mengeluarkan Saga manakala Korea sudah pun membina antara jambatan terpanjang dunia. Apa yang ingin disampaikan ialah Korea telah membina asas kejuruteraan berpuluh tahun lebih awal daripada kita dan tidak hairan di mana mereka berada sekarang ini.
\
Maersk Line, pengendali kapal kontena telah menandatangani kontrak dengan Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering Co., Ltd. untuk membina 10 buah kapal paling besar dan efisyen di dunia dengan opsyen tambahan 20 kapal. Dijadualkan untuk diserahkan di antara tahun 2013 dan 2015 kapal-kapal ini dijangka akan mengubah lanskap industri perkapalan dunia.
Digelar Triple-E, tiga tujuan utama disebalik pembinaan kapal ini ialah Skala Ekonomi, Cekap Tenaga dan Mesra Alam Sekitar. Kapal kontena ini adalah bukan sahaja lambang penanda aras dari segi saiz tetapi juga mengatasi rekod dalam kecepakan bahan bakar dan emisi Co2 yang kini dipegang kapal Emma Maersk.
Bersaiz 400 meter panjang, 59 meter lebar dan 73 meter tinggi, Triple-E adalah kapal paling besar atas air sekarang ini. Kapasitinya ialah 18,000 TEU [kontena 20 kaki] yang bermakna 18,000 kontena half cut boleh dibawa serentak dari Jepun. Muatan ini 16% lebih daripada kapal terbesar Emma Maersk dengan muatan 2,500 kontena
No comments:
Post a Comment