Pages

Tuesday, 10 April 2012

Gadis 16 Tahun Berjaya Belayar Mengilingi Dunia



Ramai yang tidak sangka akan kejayaan gadis yang berusia hanya 16 tahun itu. Gadis remaja ini yang bernama Jessica Watson berjaya menutup mulut pengkritik apabila beliau telah berjaya belayar mengililingi dunia berbulan-bulan lama masa perjalanan dengan seorang diri pada 15 Mei, 2010.


Gadis dari Australia ini berani membuat keputusan untuk pergi belayar mengilingi dunia seorang diri pada 18 Oktober 2009. Beliau telah belayar lebih dari 200 hari dan sejauh lebih 23,000 batu nautika dengan kapal layar beliau yang sepanjang 30 kaki berwarna merah jambu, bernama “Ella’s Pink Boat”. Beliau telah meredah lautan ombak besar, angin kencang, dan sepi keseorangan sepanjang perjalanan beliau untuk membuktikan bahawa remaja pada tahap umurnya itu mampu untuk membuat apa sahaja.







Cik Jessica Watson yang comel ini ada menyatakan bahawa saat yang paling sukar sekali adalah tentang cuaca. Apabila cuaca buruk dapat diramal, beliau terpaksa untuk bersedia, berhati-hati dan berlawan dengan ribut yang melanda.




Setelah menjadi manusia yang paling muda di dunia belayar mengelilingi dunia seorang diri tanpa henti dan tanpa bantuan, Jessica Watson berjaya menambat perhatian dan kekaguman oleh masyarakat dari seluruh pelusuk dunia. Lebih-lebih lagi remaja lelaki yang kacak bergaya. hehe..




Jessica juga menjelaskan bahawa beliau terlalu cintakan dengan laut, dan beliau berkata bahawa walaupun sudah lama mengelilingi dunia, beliau tetap enggan untuk meninggalkan kapal layar yang berwarna merah jambunya itu kerana telah menganggapnya lebih dari rumah!















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelaut Malaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...