Pages

Monday, 9 April 2012

10 tumpahan minyak terkenal

Amoco Cadiz.
Kapal tangki Amoco Cadiz menempuh badai dan terdampar di luar pantai Brittany, Perancis pada 16 Mac, 1978, menumpahkan 68,700,000 gelen minyak ke laut, mencemarkan sekitar 200 batu pantai Brittany.



Tumpahan Minyak di Teluk Arab.
Semasa Perang Teluk 1991, tentera Iraq memusnahkan kapal tangki, terminal dan telaga minyak di Kuwait, menyebabkan pertumpahan sekitar 900,000,000 tong minyak. Ini adalah tumpahan minyak yang terbesar dalam sejarah.





Argo Merchant.
Pada 15 Disember, 1976, kapal tangki Argo Merchant terdampar di Fishing Rip (Nantucket Shoals), 29 batu nautika tenggara pulau Nantucket, Massachusetts kerana angin kencang dan ombak laut yang mangganas. Enam hari kemudian, kapal itu terpecah dua dan menumpahkan semua kargo, sebanyak 7.7 juta gelen minyak yang telah ditapis.





Barge 155 Bouchard.
Pada 10 Ogos, 1993, tiga kapal bertembung di Tampa Bay, Florida: kapal tangki Bouchard 155, kapal Balsa 37 dan kapal Ocean 255. Bouchard 155 menumpahkan lebih kurang 336.000 gelen minyak.




Cibro Savannah.
Pada 6 Mac, 1990, kapal Savannah Cibro meletup dan terbakar ketika memulakan perjalanan dari dermaga Citgo, Linden, New Jersey. Sekitar 127.000 gelen minyak tidak tersisa selepas insiden tersebut. Tidak diketahui berapa jumlah minyak yang terbakar dan jumlah yang tertumpah ke persekitaran.




Burmah Agate.
Pada 1 November, 1979, kapal tangki Burmah Agate bertembung dengan kapal Mimosa di tenggara Galveston Entrance di Teluk Mexico. Pertembungan menyebabkan letupan dan minyak terus terbakar di dalam kapal tangki Burmah Agate sehingga 8 Februari, 1980. Sebanyak lebih kurang 2,600,000 gelen minyak tertumpah dan selebihnya 7,800,000 gelen, terbakar






Exxon Valdez.
Pada 24 Mac, 1989, Exxon Valdez terdampar di Bligh Reef di Prince William Sound, Alaska. Kapal tangki tersebut dalam perjalanan di luar laluan biasa dalam usaha untuk mengelakkan ais. Menumpahkan 10,800,000 gelen minyak (dari jumlah keseluruhan, 53 juta gelen), dan memberi kesan kepada lebih daripada 1,100 batu pantai Alaska. Agensi Negara dan Persekutuan terus memantau kesan daripada tumpahan, yang merupakan tumpahan minyak yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.








Ixtoc I.
Telaga minyak eksplorasi 2-batu-dalam, Ixtoc I, meletup pada 3 Jun, 1979 di Teluk Campeche di luar Ciudad del Carmen, Mexico. Di saat api dapat dipadam sepenuhmya pada Mac, 1980, dianggarkan sebanyak 140,000,000 gelen minyak tertumpah ke teluk. Jumlah tumpahan dari Ixtoc I adalah kedua terbesar selepas tumpahan minyak di Teluk Arab, 1991.








Jupiter.
Pada 16 September, 1990, kapal tangki Jupiter sedang memindahkan petrol ke sebuah kilang di Sungai Saginaw berdekatan Bay City, Michigan, ketika itu lah kebakaran terjadi dan kapal meletup.




Megaborg
Kapal Megaborg menumpahkan 5,100,000 gelen minyak dalam satu kebakaran. Insiden ini berlaku 60 batu nautika selatan-tenggara Galveston, Texas pada 8 Jun, 1990.




Kejadian terbaru, terbakar dan tenggelamnya Deepwater Horizon di Teluk Mexico, 22 April, 2010 dijangka akan mencatatkan rekod dalam sejarah tumpahan minyak. Setakat ini belum ada anggaran jumlah keseluruhan limpahan minyak kerana kebocoran masih berterusan.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelaut Malaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...