Pages

Tuesday 14 February 2012

2 kapal asing ditahan





Salah sebuah kapal asing yang ditahan Maritim Malaysia Wilayah Selatan yang dipercayai cuba memindahkan 130,000 liter minyak secara haram di perairan Pengerang, Kota Tinggi, awal pagi semalam. - IHSAN APMM

JOHOR BAHRU 13 Feb. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Selatan menahan dua kapal asing dipercayai cuba memindahkan 130,000 liter minyak secara haram di perairan Pengerang, Kota Tinggi, semalam.


Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 7, Kapten Maritim Rozali Mohamed Said berkata, kapal Urban Lima dan MT 18 Heaven itu ditahan pukul 2.55 pagi di kedudukan 4.5 kilometer dari selatan Tanjung Stapa, Pengerang setelah dikesan dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati krew kapal Urban Lima yang berdaftar di Sierra Leone telah memindahkan 56,741 liter daripada 130,000 liter minyak patrol ke kapal MT 18 Heaven yang berdaftar di Malabo, Equatorial Guinea.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kapten kedua-dua kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk melakukan kegiatan pemindahan minyak dari kapal ke kapal secara haram tanpa kebenaran dari Jabatan Laut.

"Seramai 22 krew warga Indonesia dan seorang rakyat tempatan berusia 24 hingga 63 tahun ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Rozali, pemilik kedua-dua kapal tersebut boleh didakwa mengikut Seksyen 491B(1)(k) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu gagal memaklumkan kepada Pengarah Jabatan Laut untuk melakukan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal.
Ujarnya, jika sabit kesalahan, pemilik kapal boleh didenda maksimum RM100,000 atau hukuman dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelaut Malaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...