Pages

Tuesday 1 May 2012

MISC yang Berjaya







Pada hari ini dalam tahun 1968, Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad atau MISC telah ditubuhkan. MISC ditubuhkan sebagai badan perkhidmatan perkapalan nasional yang bergerak cergas dalam perkapalan antarabangsa dan dalam negeri. Sehubungan itu, pada tahun 1970, MISC telah melancarkan kapalnya yang pertama iaitu Bunga Raya Malaysia yang terletak di pertemuan laluan laut timur dan barat. Kedudukan itu adalah strategik dalam perdagangan laut dunia yang begitu penting bagi Malaysia untuk menjadi pengeluar dan pengeksport bahan-bahan mentah ke seluruh dunia. 

MISC juga telah berjaya membina kapal-kapal moden dengan jumlah muatan melebihi 800,000 tan metrik. Antara kapal-kapal MISC yang ada ialah kapal-kapal kargo am, kontena, pengangkut kargo, kargo pukal kering, pengangkutan bijih, minyak, gas asli dan sebagainya. Sebuah pusat Latihan Perkapalan di Melaka pula telah ditubuhkan di Melaka untuk melatih pegawai dan kakitangan bagi mengisi jawatan-jawatan di MISC. Kerajaan turut mengambil langkah menubuhkan sebuah Akademi Laut Malaysia (ALAM) khusus untuk melatih para pegawai dan jurutera pelayaran. Sesungguhnya penubuhan MISC pada tahun tersebut telah banyak membantu negara dalam mengurangkan pergantungan kepada perkhidmatan perkapalan asing.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelaut Malaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...