Pages

Thursday 10 May 2012

malu kapal selam Tersadai







LONDON - Ketua-ketua Tentera Laut Diraja Britain malu besar selepas sebuah kapal selam nuklear yang didakwa mampu mengelak daripada dikesan radar musuh akhirnya menjadi bahan jenaka orang ramai setelah ia terdampar di perairan Scotland. 

Kapal selam HMS Astute berharga £1.2 bilion (RM5.8 bilion) turut dilengkapi sistem navigasi berkomputer tercanggih.

Namun, nasib tidak menyebelahi kapten kapal selam itu selepas kipasnya tersekat dalam lumpur ketika memasuki sebuah teluk yang cetek di Kepulauan Skype baru-baru ini.

Orang ramai yang berada di lokasi tersebut tersengih melihat beberapa pegawai dan kru kapal selam tersebut keluar sementara menunggu air pasang bagi membolehkan HMS Astute ditunda.

"Walaupun tiada kebocoran nuklear berlaku, kapten kapal selam itu atau anak-anak buahnya boleh didakwa di mahkamah tentera kerana kecuaian," kata satu sumber selepas HMS Astute itu ditunda..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelaut Malaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...