Pages

Saturday 5 May 2012

Malaysia Dikelilingi Tiga Lautan





Benar, Malaysia dikelilingi tiga lautan iaitu Selat Melaka (Malaysia-Indonesia), Selat Tebrau (Malaysia-Singapura) dan Laut China selatan (Malaysia-Filipina). Ini dibuktikan dalam matapelajaran Geografi dan Kajian Tempatan.


Geografi (Bentuk Muka Bumi)
Namakan tiga laut yang mengelilingi Malaysia?

Kajian Tempatan
Antara berikut, yang manakah bukan kawasan perairan yang mengelilingi Malaysia?
A Lautan Artik
B Selat Melaka
C Selat Tebrau
D Laut China Selatan



Jadi benar bahawa Malaysia terletak di pertemuan tiga lautan iaitu Selat Melaka, Selat Tebrau dan Laut China selatan.

Selat Melaka adalah suatu bidang perairan yang sempit yang memisahkan Semenanjung Malaysia dan pulau Sumatra di Indonesia.

Selat Johor atau Selat Tebrau merupakan laut sempit yang memisahkan pulau Singapura dengan negeri Johor, Semenanjung Malaysia.

Laut China Selatan adalah sebuah laut kecil yang merupakan sebahagian daripada Lautan Pasifik, meliputi kawasan dari Singapura dan Selat Melaka ke Selat Taiwan sekitar 3.500.000 km ².
Ia terletak di:
.Selatan Tanah Besar China dan pulau Taiwan,
Barat Filipina,
.Barat Laut Sabah (Malaysia), Sarawak (Malaysia) dan Brunei,
Utara Indonesia,
. Timur Laut Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia) dan Singapura, serta
Timur Vietnam.

1 comment:

  1. Masih ektif karaakun🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelaut Malaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...