Pages

Tuesday, 16 December 2014

2 maut kapal bawa LPG meletup




KUALA TERENGGANU - Dua warga asing maut sementara dua lagi parah apabila kapal yang membawa gas petroleum cecair (LPG) milik Korea Selatan meletup 26 batu nautika Timur Laut dari Kuala Terengganu, kelmarin.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Song Oh Weon, 26, dari Korea dan Zaw Myo Htut, 23, warga Myanmar, manakala yang cedera pula Choi Tae Won, 64, dari Korea dan Khine Zin Min, 28, dari Myanmar.

Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Maritim Kuala Terengganu  (DM9), Leftenan Komander (M) Mohamad Zainal berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika kapal DL Calla milik Korea dalam perjalanan ke Thailand membawa muatan LPG bersama 23 kru warga Korea dan Myanmar.

Sunday, 31 August 2014

Tempat-tempat Misteri di Lautan

Tempat-tempat Misteri di Lautan

Bukan rahasia lagi bila lautan penuh dengan misteri. Walaupun bagi sebagian orang lautan merupakan tempat mencari penghidupan atau menikmati keindahan mengagumi ciptaan sang khalik, kebanyakan memilih mengaguminya dari tepian. Beberapa lokasi laut di dunia yang ditakuti menyimpan misteri yang masih belum terjawab hingga sekarang. Sebut saja salah satu contoh peristiwa di mana pesawat dan kapal menghilang tanpa jejak. Atau adanya pusaran air raksasa, ombak dahsyat, atau lingkaran cahaya misterius di dalam air. Ada sebuah tempat di mana semua fenomena terjadi sekaligus misalnya di suat daerah yang dikenal sebagai Segitiga Bermuda.Walaupun di posting sebelumnya telah saya bahas tentang Segitiga Bermuda walaupun secara implisit, kali ini saya ingin menggabungkanya dengan beberapa lokasi lautan lainya yang menyimpan misteri yang belum terjawab secara ilmiah hingga saat ini. Berikut ini beberapa lokasi tersebut.

Kapal kapal Hantu terkenal di dunia






Oil & Gas Petrochemical Company



Oil & Gas Petrochemical Company 



Shell careers@shell.com 
SPS- AsiaXPRecruit@shell.com 
shell brunei - RecruitmentBN@shell.com 
bppa - muhamad.razib@bppa.com.my 
wan.rumaizah@bppa.com.my 
petron - careers@petron.com.my 
muhamadtaufek.bohari@petron.com.my 
caryn.tan@petron.com.my 
newfield - newfieldhrmalaysia@newfield.co
izwanabd@newfield.com
petrofac- masriza.zakaria@petrofac.com
vacancy.kl@petrofac.com
hr.pecsb@petrofac.com
pecsb petra

Wednesday, 15 August 2012

Mari Melawat Kilang Kapal Selam Russia (15 Gambar)

 Mari lihat kilang pembinaan kapal selam Russia yang terletak di Severodvinsk, Daerah Arkhangelsk Russia. Kilang ini menghasilkan kapal selam dari kelas KILO yang diperkasakan dengan menggunakan enjin diesel elektrik. Kapal selam dari kelas KILO ialah kapal selam diesel elektrik yang paling senyap di dunia.

Jika dibandingkan dengan kapal selam kelas Scorpene kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia, kapal selam Kilo mempunyai panjang yang hampir sama tetapi ianya jauh lebih lebar. Ianya juga2000 Tan lebih berat berbanding Scorpene. Sunnguhpun begitu harga sebuah kapal selam Kilo ialahUSD 250 juta berbanding USD 450 juta untuk sebuah Scorpene. Dari segi persenjataan pula ianya juga dilengkapi torpedo VA-111 Shkval yang merupakan torpedo terlaju di dunia. Ia mampu bergerak pada kelajuan 370 Ksj. KD Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak hanya menggunakan torpedo Blackshark yang mampu bergerak pada kelajuan 93 Ksj. Kapal selam kelas Kilo digunakan oleh Russia, China, India, Iran, Poland, Romania, Algeria dan Vietnam. Vietnam akan mempunyai 6 buah kapal selam Kilo menjelang 2016. Tidak diketahui berapa ramai wargaMongolia dikorbankan dalam penjualan kapal selam ini di sana. 


Anak Derita Bapa Diculik Lanun





KUALA LUMPUR : “Anak kedua kami mengalami demam panas yang sangat kuat disebabkan terkejut dengan berita penculikan ayah mereka dan kami sekeluarga amat bimbangkan keselamatannya yang kini berada di bawah tahanan kumpulan lanun.

Saturday, 12 May 2012

Sejarah Maritim Malaysia




     Sejarah maritim Malaysia yang bermula kira-kira 5000 tahun lalu telah membentuk jati diri masyarakat tradisional yang seterusnya menempatkan mereka dalam arus globalisasi pada abad ke-21. 

    Proses ini bukan sahaja memperlihatkan proses penjanaan kuasa politik dan penguasaan ekonomi tetapi juga mencetuskan  pertembungan budaya dalam masyarakat Malaysia. 
   Namun banyak pihak yang beranggapan sejarah maritim Malaysia bermula pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka -- abad ke-15 Masihi. Hakikatnya, sejarah maritim ini telah wujud sejak Zaman Neolitik lagi, kira-kira 3000 tahun Sebelum Masihi. 

Thursday, 10 May 2012

Pengalaman Remaja Laut (APMM)



 Tugas selaku pegawai Maritim Malaysia (APMM) memberikan ketiga-tiga anak muda itu pelbagai pengalaman berharga.


JAM menunjukkan pukul 5 pagi. Anak-anak kapal KM Sempadi semuanya sedang tidur nyenyak diulit mimpi. Sesekali tidur mereka terganggu lantaran bunyi ombak yang memukul kapal.
Namun, ia tidak menyebabkan mereka terjaga kerana pada siang harinya, seramai 25 anggota Maritim Malaysia (APMM) itu sudah penat mengemudi kapal bagi menjaga keselamatan laut negara daripada apa jua bentuk ancaman.

Dihempas ombak besar
Mereka tidak sedar, satu ombak besar sedang menghampiri kapal KM Sempadi yang sedang berlabuh di jeti Marina di Kampung Tekek dekat dengan perairan Pulau Tioman itu.
'Busssh!'. Ombak besar itu melanggar kapal SM Sempadi. Anggota-anggota APMM lantas terbangun daripada tidur. Kapal mula terumbang-ambing ke kiri dan ke kanan. Malah, barang-barang yang disimpan di atas rak mula jatuh satu persatu.

Kerusi dan meja mula beralih kedudukan bergerak mengikut hayunan kapal. Anggota-anggota APMM berpaut bagi mengelakkan diri daripada terjatuh. Mereka tidak boleh bertindak selagi ketua kapal, Leftenan Komander Said Nor Adni tidak mengeluarkan sebarang arahan.

"Jika berlaku sebarang ancaman, kami diminta untuk tidak bertindak mengikut pandangan sendiri. Kami perlu mendengar arahan ketua kapal sama ada meninggalkan kapal dengan melompat keluar atau cuba menghidupkan enjin kapal untuk bergerak," kata Pegawai Laksamana kapal, Leftenan Muda APMM, Mohd Khairul Anwar Hamzah, 27.

UMS mahu kaji etnik Bajau Laut








SEMPORNA 1 Mei - Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan memberi komitmen terhadap sebarang usaha dan kajian mengenai kebudayaan maritim etnik Bajau Laut di sini yang belum ditonjolkan sepenuhnya sebagai salah satu warisan.


Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Ampon berkata, bagi merealisasikan komitmen itu, pihaknya melaksanakan pelbagai aktiviti seperti pemasangan unjam ikan, penulisan buku dan juga penyertaan Regata Lepa sejak beberapa tahun lalu.
"Penyertaan dalam Regata Lepa bukan sekadar sebagai pertandingan tetapi lebih merupakan sebagai tanda komitmen UMS selaku institusi pengajian tinggi dalam memartabatkan kebudayaan pelbagai etnik di negeri Sabah," katanya.

Pembinaan Kapal Titanic Yang Awesome



 Kapal Titanic merupakan kapal penumpang milik White Star Line, dibangun di galangan Harland and Wolff di Belfast, Irlandia Utara, didesain untuk menyaingi Lusitania dan Mauretania milikCunard Line. Titanic, bersama kapal saudaranya, Olympic dan yang akan dibuat Britannic (pada awalnya dinamakan Gigantic, bertujuan menjadi kapal paling mewah dan terbesar yang pernah dibuat. Pembuatan RMS Titanic, dibiayai oleh hartawan Amerika,    J.P. Morgan dan perusahaannyaInternational Mercantile Marine Co., dimulai pada 31 Maret 1909. Badan kapal Titanic dilancarkan pada 31 Mei 1911, dan perlengkapan dalam disiapkan pada 31 Maret tahun berikutnya. Titanicsepanjang 269 meter (882 kaki 9 inci) dan 28 meter (92 kaki 6 inci) lebar, seberat 46.328 ton kasar, dan ketinggian dari permukaan air ke geladak setinggi 18 meter (60 kaki). Walaupun ia melitupi lebih banyak ruang dan dengan ton kasar yang lebih itu, badan kapal Titanic sama panjang dengan kapal Olympic. Titanic dilengkapi dengan dua mesin berbalasan empat silinder, tiga pembesaran, mesin uap terbalik dan satu turbin Parsons bertekanan rendah yang menggerakkan tiga kipas. Terdapat 29 ketel dipanaskan oleh 159 pendiang arang batu yang mampu menghasilkan kecepatan sampai 23 knot (43 km/j). Hanya tiga dari empat cerobong kapal setinggi 19 meter (63 kaki) yang berfungsi; 4 cerobong yang digunakan sebagai pengudaraan, ditambah untuk menampakkan kehebatan kapal. Kapal Titanic mampu membawa 3.547 penumpang dan anak kapal dan, disebabkan ia membawa surat, namanya diberikan penambahan kata depan RMS dan juga sebagai kapal uap - SS (Steam Ship).

malu kapal selam Tersadai







LONDON - Ketua-ketua Tentera Laut Diraja Britain malu besar selepas sebuah kapal selam nuklear yang didakwa mampu mengelak daripada dikesan radar musuh akhirnya menjadi bahan jenaka orang ramai setelah ia terdampar di perairan Scotland. 

Kapal selam HMS Astute berharga £1.2 bilion (RM5.8 bilion) turut dilengkapi sistem navigasi berkomputer tercanggih.

Namun, nasib tidak menyebelahi kapten kapal selam itu selepas kipasnya tersekat dalam lumpur ketika memasuki sebuah teluk yang cetek di Kepulauan Skype baru-baru ini.

Orang ramai yang berada di lokasi tersebut tersengih melihat beberapa pegawai dan kru kapal selam tersebut keluar sementara menunggu air pasang bagi membolehkan HMS Astute ditunda.

"Walaupun tiada kebocoran nuklear berlaku, kapten kapal selam itu atau anak-anak buahnya boleh didakwa di mahkamah tentera kerana kecuaian," kata satu sumber selepas HMS Astute itu ditunda..

Kapal selam nuklear terbesar di Britain





BARROW-IN-FURNESS - Tentera Laut DiRaja Britain akan melancarkan kapal selam nuklear terbesar di negara itu yang berharga £1.2 bilion (RM5.9 bilion), dikenali sebagai HMS Ambush di sini, Cumbria, barat daya England, esok, lapor sebuah akhbar semalam.
Kapal selam nuklear seberat 7,400 tan itu sepanjang 88.6 meter atau menyamai sebuah padang bola sepak dan selebar empat buah bas. Tingginya pula menyamai bangunan 12 tingkat.
Reaktor nuklear yang menjana HMS Ambush mampu membekalkan tenaga untuk bandar Southampton dan ia tidak perlu naik ke permukaan laut sepanjang jangka hayatnya atau selama 25 tahun serta boleh memusnahkan musuh pada jarak lebih 1,600 kilometer.
Kapal selam jenis pemburu dan pemusnah itu turut berupaya mengitar oksigen dan memproses air bersih daripada air laut untuk 98 krunya pada waktu krisis.
Pihak musuh menggeruni kapal HMS Ambush kerana ia senyap. Kapal itu sukar dikesan dan dilengkapi radar yang boleh mengesan kapal atau kapal selam pada jarak lebih 3,000 kilometer.
Bagi memastikan ia memiliki kuasa pemusnah yang hebat, kapal selam itu akan dilengkapi 38 peluru berpandu termasuk peluru Tomahawk yang memiliki jarak sekitar 2,000 kilometer selain torpedo beratSpearfish. - Agensi

Wednesday, 9 May 2012

KAPAL SELAM MODEN - Dari Tong Kayu Kepada Kapal Nuklear







Kapal selam adalah satu platform peperangan maritim yang unik memandangkan ia harus beroperasi dalam persekitaran operasinya tersendiri yang masih dianggap sebagai penuh misteri. Ini kerana walaupun ia bebas mengharungi dari pesisir pantai sehinggalah ke laut luas, namun keadaan persekitaran serta tahap operasi yang amat mencabar yang lazimnya dilaksanakan jauh dari mata dan pengetahuan umum terus menyebabkan tidak ramai yang mengetahui mengenai ciri-ciri platform tersebut.
Sempena ketibaan kapal selam pertama milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3 September yang lalu, iaitu KD Tunku Abdul Rahman, TEMPUR dalam keluaran khas kali ini akan memaparkan secara agak terperinci mengenai evolusi kapal selam moden, kemampuan operasi dan bagaimana ianya telah mengubah ciri dan corak peperangan maritim sejak dari era pasca Perang Dunia Kedua hinggalah ke hari ini dan bagaimana kekuatan dan kekurangannya bakal turut mengubah doktrin peperangan maritim TLDM  untuk tahun-tahun mendatang.

Tuesday, 8 May 2012

Kapal DOCKWISE Pengangkut Muatan Gergasi





Kapal Pembelah Ais Terbesar Dunia Berkuasa Nuklear Russia !!!!


Dibawah ialah gambar-gambar kapal pemecah ais dari Kelas Arktika milik Russia. Mula dibina pada sejak tahun 1975, sebanyak 8 buah kapal pemecah ais sebegini dibina bagi tujuan saintifik dan membuka laluan perkapalan ke Siberia. Kapal pemecah ais kelas Arktika ini istimewa kerana ianya menggunakan tenaga nuklear dan juga merupakan kapal pemecah ais terbesar didunia. NS Arktika, kapal pertama didalam kelas ini juga merupakan kapal permukaan (surface ship) pertama yang berjaya tiba di Kutub Utara pada tahun 1977.

Mengapakah kapal khas pemecah ais diperlukan? Ketika musim sejuk ais di lautan utara boleh mencapai ketebalan sehingga 2 meter! Kapal konvensional biasa pasti akan terperangkap kerana tidak mampu meloloskan diri dari kepungan ais. Kapal pemecam ais kelas Arktika ini dibina dengan dua lapisan badan. Lapisan pertama setebal 48 milimeter yang tidak mudah dirobek seperti badan Titanicbila melanggar ais. Uniknya kapal kelas Arktika ini ialah ia boleh memecahkan ais ketika bergerak kedepan maupun kebelakang pada kelajuan 19 kilometer sejam. Kerana ianya menggunakan tenaga nuklear, kapal ini mampu beroperasi selama 4 tahun tanpa perlu mengisi bahan api. Untuk tujuan keselamatan kapal ini mempunyai dua reaktor nuklear. Jika salah satunya rosak reaktor back up boleh dihidupkan dan menghasilkan sehingga 75 000 kuasa kuda kepada 3 kipas gergasi di buritan kapal. The only kelemahan yang ada pada kapal ini ialah ianya hanya boleh beroperasi di lautan sejuk. Ini adalah kerana sistem penyejuk reaktor kapal ini memerlukan air sejuk tahap beku untuk memastikan ia tidak akan menjadi Chernobyl atau Fukushima diatas lautan.

Panglima Awang Manusia Pertama Keliling Dunia


Generasi kini ramai yang tidak mengenali tokoh ini. Masih jelas dalam ingatan ketika belajar subjek sejarah di tingkatan lima kalau tak silap la, nama Panglima Awang hanya disebut sekali. Itupun hanya ditulis di bahagian kanan iaitu dalam sudut info yang bersaiz kecil dalam buku teks tersebut. Maka tidak hairanlah semakin lama, namanya semakin lupus ditelan zaman. 


Pejuang Melayu Islam inilah yang sebenarnya telah membuktikan bumi itu adalah bulat selepas terbabit dalam pelayaran bersama Ferdinand de Magellan dari Barat ke Timur. Masyarakat kita terlalu mengagungkan Barat; kita memandang hebat pelayar asing seperti Vasco de Gama, Christopher Columbus dan Ferdinand de Magellan sehingga melupakan sejarah siapakah Panglima Awang.


Bencana Alam Sekitar Akibat Kapal Kargo Tersadai Di New Zealand

 sebuah kapal pengangkut kargo tersadai setelah melanggar sebuah terumbu karang di New Zealand. Kapal yang sedang membawa 2100 buah kontena ini kini sedang cuba diselamatkan sebelum ianya terputus dua. Ketika pelanggaran berlaku ianya turut membawa 400 tan minyak diesel dan 1700 bahan bakar lain yang kini mula melimpah keluar. Pihak berkuasa New Zealand menganggarkan 300 tan minyak diesel sudahkan mencemari laut sekitar Pelabuhan Tauranga mengakibatkan ribuan burung dan haiwan laut mati. Limpahan minyak Rena kini menjadi insiden bencana alam terburuk di New Zealand sejak beberapa dekad. Jumaat lalu usaha menyelamatkan kapal dijalankan dengan cubaan mengepam kesemua minyak dari ruangan kargo kapal. Usaha ini terhenti akibat cuaca buruk dengan hanya 10 tan diesel berjaya disedut sebelum operasi dihentikan. Selain limpahan minyak, kontena kargo yang terjatuh dari Rena juga mengotori pantai berhampiran. Orang ramai yang cuba menangguk di air yang keruh kecewa kerana kargo hanya merupakan bahan makanan beku seperti burger dan kulit rusa yang sudah rosak akibat minyak

Krew kapal yang kesemuanya berasal dari Filipina kini ditempatkan dilokasi rahsia dan dikawal oleh pihak polis kerana takut menjadi mangsa amarah penduduk setempat. Penduduk New Zealand berketurunan Filipina pula menjadi mangsa dengan polis menerima laporan orang berbangsa Filipina dimaki kerana kesilapan krew Rena. Sigh.




Monday, 7 May 2012

5 Kapal Layar Terbesar



1. Barque Sedov


Kapal ini pada asalnya dikenali sebagai Magdalena Vinnen II. Kapal layar ini dibuat di Jerman pada tahun 1921 yang biasa digunakan sebagai kapal kargo hingga tahun 1936. Pada 1936, kapal ini beralih fungsi menjadi kapal untuk latihan tentera. Selepas Perang Dunia Kedua, kapal ini diserahkan kepada angkatan laut Soviet dan namanya diubah menjadi Sedov yang terinspirasi dari peneroka Soviet yang terkenal, Georgy Sedov. Aspek yang paling unik dari Kapal Sedov adalah pada saat dibina, di samping tiang-tiang baja berlayar empat, kapal ini ditambah mesin. Saat ini setelah 90 tahun sejak kapal ini dibuat, Sedov masih beroperasi dan digunakan sebagai wadah latihan bagi kadet dari universiti-universiti Rusia St Petersburg dan Murmansk. 

Sunday, 6 May 2012

Harta Karun Selat Melaka




RATUSAN tahun dahulu, ribuan kapal telah belayar merentasi Selat Melaka dan Laut China Selatan. Destinasi mereka adalah untuk mencari tanah baharu namun sebahagian besar daripadanya ingin berdagang dengan dunia luar.
Tidak hairanlah pada abad ke-15, perairan laut negara dipenuhi kapal yang membawa banyak barang dagangan. Sungguhpun begitu, tidak semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Ada kapal yang karam di lautan sama ada disebabkan bocor terlanggar batu karang, dibedil dalam peperangan atau dipukul ribut.
Sejak dari zaman penjajahan Portugis, Belanda, British sehinggalah ke Jepun, semakin banyak kapal yang membawa pelbagai harta karam di perairan negara.
Pakar arkeologi yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Dr. Adi Taha pernah berkata, keadaan geografi dan sejarah perdagangan di Tanah Melayu menyebabkan ia memiliki banyak khazanah maritim berupa kapal karam dan harta karun.

Saturday, 5 May 2012

Cameron Tiba Di Kawasan Paling Dalam Lautan Pasifik





HONOLULU : Pengarah filem Avatar, James Cameron menamatkan penerokaan ke Mariana Trench yang merupakan tempat paling dalam di Lautan Pasifik.
Dia menggunakan sebuah kapal selam khas untuk menyelam hampir 11 kilometer di dasar lautan.
Cameron meluangkan masa sekitar tiga jam dengan mengambil sampel bagi penyelidikan saintifik dan merakamkan kawasan Mariana Trench.
Kapal selam itu diturunkan ke lautan tersebut dari sebuah kapal.
Kawasan paling dalam itu terletak di barat Lautan Pasifik dan timur Filipina, sekitar 200 ke timur Kepulauan Mariana.

"FPSO" Floating Production, Storage and offloading




FPSO singkatan dari Floating Production, Storage and offloading. Sebuah sistem FPSO merupakan fasilitas produk lepas pantai yang biasanya berbentuk kapal minyak mentah dan tangki yang terletak di badan kapal. Minyak mentah secara berkala diturunkan untuk kapal tanker antar-jemput atau tongkang lepas pantai untuk diangkut ke pantai. FPSO dapat digunakan sebagai simpanan produk untuk mengembangkan hasil minyak di pesisir atau hasil di daerah laut jauh dari jaringan infrastruktur OCS yang ada.

Asia Hari Ini: Pertikaian di Laut China Selatan





Jabatan Pengawasan Maritim dan Jabatan Pentadbiran Perikanan merupakan jabatan utama di China untuk menguruskan pertikaian di Laut China Selatan sekarang.
Baru-baru ini, Vietnam mengadakan latihan ketenteraan di Laut China Selatan dan mengeluarhan arahan merakrut yang baru. Filipina menghancurkan tanda sempadan China di beberapa pulau di Laut China Selatan dan merancang menukar nama Laut China Selatan menjadi Laut Filipina Barat. A.S. sambil mengkritik latihan ketenteraan Vietnam yang menegangkan situasi, sambil mengumumkan akan mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan angkatan laut Filipina pada penghujung bulan ini. Situasi di Laut China Selatan menarik perhatian dari semua negara di rantau ini.





Malaysia Dikelilingi Tiga Lautan





Benar, Malaysia dikelilingi tiga lautan iaitu Selat Melaka (Malaysia-Indonesia), Selat Tebrau (Malaysia-Singapura) dan Laut China selatan (Malaysia-Filipina). Ini dibuktikan dalam matapelajaran Geografi dan Kajian Tempatan.

Berpelukan Elak Dihanyut Ombak Besar

DUA orang gadis memeluk erat sebatang tiang lampu (dalam bulatan) ketika ombak gergasi melanda sebuah jeti di Castlerock, Ireland Utara. 

CASTLEROCK, Ireland Utara - Seorang jurugambar, Tam Mullen berjaya merakamkan sekeping gambar yang menunjukkan dua orang gadis memeluk erat sebatang tiang lampu bagi mengelak daripada dihanyutkan ombak besar yang muncul secara tiba-tiba dari laut di sebuah jeti di sini pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Mullen yang kebetulan berada berhampiran kawasan jeti itu sempat merakamkan aksi dua gadis yang ketakutan dan berpeluk di sebatang tiang lampu ketika ombak besar menghampiri mereka.

Dua gadis itu bernasib baik kerana mereka tidak dihanyutkan ke laut.

Mereka kemudian dilihat bergegas meninggalkan jeti tersebut dalam keadaan gembira kerana terselamat..

Kegelapan di Laut Dalam - Keajaiban Ilmiah Al Qur'an


Allah berfirman di dalam Al Qur'an


أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ۚ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا ۗ وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ 

Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gulita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. (Al Qur'an, An-Nuur, 24:40) 


Ayat ini menyebutkan kegelapan yang dapat ditemukan di laut dalam, di mana jika seseorang menjulurkan tangan ia tak akan bisa melihatnya. Kegelapan di dalam lautan dan samudera ditemukan sekitar kedalaman 200 meter ke bawah. Pada kedalaman ini, hampir-hampir tidak ada cahaya lagi (lihat gambar 15). Di bawah kedalaman 1000 meter, tidak ada cahaya sama sekali.

Friday, 4 May 2012

Definisi Kapal Jenis Jenis Kapal Non Konvensi (Non Convention Ship)






 - Mendengar kata kapal pastinya sudah tidak asing terdengar di telinga. Sempatkan terlintas di pikiran Anda apakah kapal itu? Kalau Anda ingin mengetahui tentang bidang keelautan , Perkapalan Dan Pelayaran mari kita belajar definisi pengertian kapal dan mengenal jenis jenis kapal untuk menambah pengetahuan.


Menurut UU RI No 21 tahun 1992 mengenai definisi kapal, Kapal adalah jenis kendaraan air dengan bentuk dan jenis apapun, serta digerakan oleh tenaga mekanik, menggunakan tenaga angin atau ditunda, Kapal termasuk jenis kendaraan yang berdaya dukung dinamis, kendaraan dibawah permukaan air, serta alat apung dan bangunan terapung yang tidak berpindah-pindah.

Tuesday, 1 May 2012

MPSS - LPD ATAU LPH UNTUK TLDM - suatu renungan


Keperluan kapal LPD atau LPH atau Multi-Purpose Support Ship (MPSS) untuk operasi TLDM adalah amat diperlukan demi memperlengkapkan keupayaan strategik didalam operasi ATM, terutamanya untuk menggerakkkan aset-aset ATM ke kawasan operasi dengan segera apabila diperlukan. Apatah lagi setelah kehilangan KD Sri Inderapura baru-baru ini. Keupayaan mobiliti untuk memberi bantuan logistik amatlah penting untuk menjayakan sesuatu operasi Tentera. Keupayaan untuk membekal keperluan logistik semasa perang ke kawasan kawasan pertahanan dan juga serangan juga amat PENTING, dalam menjamin kejayaan didalam peperangan. Aspek mobiliti ini tidak boleh menghadapi kecacatan atau kekurangan untuk menjamin pertahanan negara supaya tidak menjadi lemah dan kelam kabut.




Hutang Darah Di Bayar Kapal



        Setelah syarikat perkapalan negara MISC ditubuhkan pada tahun 1968,
dengan nama asalnya "Malaysian International Shipping Corporation
Berhad (MISC)," kapal pertamanya diberi nama M.V. Bunga Raya,
mengambil sempena nama Bunga Kebangsaaan Malaysia. ("M. V." bermaksud
"Motor Vessel" atau "Kapal Berinjin"). Khabarnya nama kapal-kapal MISC
diberi nama awalan "Bunga" selepas itu hasil dari idea Perdana Menteri
kita yang pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Di antara kapal-kapal terawal kepunyaan MISC, dua buah daripadanya,
iaitu MV Bunga Orkid dan MV Bunga Tanjung mempunyai keistimewaan yang
tersendiri. Ini ialah kerana dua buah kapal inilah yang diberikan oleh
kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia, sebagai 'membayar hutang
darah' (blood debt), ekoran daripada perang yang dipaksakan ke atas
negara ini oleh tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

MISC yang Berjaya







Pada hari ini dalam tahun 1968, Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad atau MISC telah ditubuhkan. MISC ditubuhkan sebagai badan perkhidmatan perkapalan nasional yang bergerak cergas dalam perkapalan antarabangsa dan dalam negeri. Sehubungan itu, pada tahun 1970, MISC telah melancarkan kapalnya yang pertama iaitu Bunga Raya Malaysia yang terletak di pertemuan laluan laut timur dan barat. Kedudukan itu adalah strategik dalam perdagangan laut dunia yang begitu penting bagi Malaysia untuk menjadi pengeluar dan pengeksport bahan-bahan mentah ke seluruh dunia. 

MISC juga telah berjaya membina kapal-kapal moden dengan jumlah muatan melebihi 800,000 tan metrik. Antara kapal-kapal MISC yang ada ialah kapal-kapal kargo am, kontena, pengangkut kargo, kargo pukal kering, pengangkutan bijih, minyak, gas asli dan sebagainya. Sebuah pusat Latihan Perkapalan di Melaka pula telah ditubuhkan di Melaka untuk melatih pegawai dan kakitangan bagi mengisi jawatan-jawatan di MISC. Kerajaan turut mengambil langkah menubuhkan sebuah Akademi Laut Malaysia (ALAM) khusus untuk melatih para pegawai dan jurutera pelayaran. Sesungguhnya penubuhan MISC pada tahun tersebut telah banyak membantu negara dalam mengurangkan pergantungan kepada perkhidmatan perkapalan asing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelaut Malaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...